Nuffnang Malaysia

Thursday, 15 May 2014

Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Perkenalan

Di sini saya ingin membuat pengenalan tentang syarikat Iftitah Utama Enterprise (SA0207415-T)

Iftitah Utama Enterprise merupakan sebuah syarikat berkeluarga yang telah ditubuhkan pada November 2010. Syarikat ini merupakan pengedar dan pembungkus  muruku. Pembekal Muruku merupakan Melayu Islam dan 100% buatan Muslim. Pasaran muruku ini telah tersebar meluas di Selatan Malaysia. Iftitah Utama Enterprise ingin meluaskan lagi pasaran Muruku buatan Muslin ini di sekitar Lembah Klang.

Pembekal Muruku telah beroperasi selama 7 tahun. Pengasasnya merupakan seorang Wanita Muslim yang berkelulusan Ijazah. Sehari, kilang ini akan memproses Muruku sebanyak 50kg untuk pasaran Selatan Malaysia sahaja. Bahan utama yang digunakan dalam memproses Muruku adalah air, garam, tepung dan daun kari. Terdapat 4 jenis Muruku yang dihasilkan iaitu Muruku ayam, Muruku megi, Muruku biasa, & Muruku Pagoda.

Iftitah Utama Enterprise akan membungkus dan mengedar tiga (3) jenis Muruku dari pembekal iaitu Muruku ayam, Muruku megi, & Muruku biasa untuk masa sekarang.  Muruku boleh dijadikan sebagai snek tapi tidak mengandungi bahan pengawet yang membahayakan kesihatan. Ia selamat dimakan dalam kuantiti yang banyak. Ia juga mudah di bawa semasa beriadah bersama keluarga atau teman-teman.  

Terima kasih kerena membaca. Sekian. 


No comments:

Post a Comment